Berita SemasaJenayah & Mahkamah

Pelajar Malaysia dipenjara seumur hidup kerana bunuh bayinya di UK

KUALA LUMPUR – Seorang pelajar Malaysia di United Kingdom (UK) yang meletakkan bayi ke dalam kotak bijirin sejurus melahirkannya pada Mac lalu dan menyembunyikan kotak itu dalam sebuah beg pakaian dihukum penjara seumur hidup dengan tempoh minimum 17 tahun.

Mahkamah Mahkota Warwick menjatuhkan hukuman itu ke atas Jia Xin Teo, 22, pada Jumaat selepas disabitkan atas kesalahan membunuh, menurut kemas kini terbaru dalam laman sesawang Perkhidmatan Pendakwaan Mahkota UK (CPS).

Terdahulu, Bernama melaporkan mahkamah mendapati Teo bersalah atas tuduhan menyebabkan kematian bayinya.

Teo yang tiba di UK pada awal tahun ini untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Coventry, menyembunyikan kehamilannya dan melahirkan bayi pada 4 Mac lalu.

Dia didakwa meletakkan bayi baru dilahirkannya itu ke dalam kotak bijirin yang dimasukkan ke dalam beg plastik dan disimpan dalam sebuah beg pakaian.

Polis menemui bayi berkenaan dua hari kemudian, di mana ketika itu bayi terbabit sudah meninggal dunia.

Teo menafikan membunuh bayinya, sebaliknya mendakwa dia mendengar suara yang mengarahkannya untuk membunuh anak itu.

Namun, juri menolak pembelaannya dan mendapati dia bersalah atas pertuduhan membunuh.

Show More

Related Articles

Back to top button