Berita Semasa

KPKT lantik 200 ‘duta dalam talian’ tangkis fitnah

PUTRAJAYA – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melantik 200 ‘duta dalam talian’ yang terdiri daripada kakitangan kementerian itu untuk menangkis fitnah dan menyampaikan maklumat secara sahih.

Menterinya, Nga Kor Ming berkata, mereka akan menggunakan bahasa dan pendekatan yang mudah difahami rakyat untuk menyampaikan dasar diperkenalkan kerajaan secara mesra rakyat .

“Dalam era digital ini, media sosial memainkan peranan penting dalam menyampaikan maklumat.

“Video pendek, siaran langsung, dan pelbagai platform boleh digunakan sebagai medan menyelaraskan info kerajaan supaya rakyat berdiri teguh bersama mendukung aspirasi Malaysia Madani,” katanya dalam satu kenyataan.

Pelantikan duta online itu diumumkan Kor Ming selepas majlis perasmian bengkel Sentuhan Maya KPKT, hari ini.

Anggota duta online KPKT itu katanya akan menggunakan kreativiti dalam menghasilkan kandungan yang menarik dan tidak membosankan.

Kor Ming berkata, beliau percaya dengan kreativiti, maklumat yang benar dapat disampaikan dengan lebih berkesan dan menarik perhatian masyarakat.

 

Show More

Related Articles

Back to top button