Berita SemasaPM X

Malaysia pikul tugas penggerak basmi Islamophobia

BERLIN – Kerajaan sedia memikul tanggungjawab sebagai penggerak utama usaha membasmi isu Islamofobia yang memuncak di peringkat global ketika ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia akan bersama-sama pertubuhan dan individu berpengaruh dari seluruh dunia untuk mendepani cabaran itu.

Beliau berkata demikian susulan pertemuannya dengan tokoh pemikir dan sarjana Islam Eropah sesama kunjungan kerja rasminya di Jerman.

Anwar Ibrahim semasa pertemuan dengan sarjana dan pemikir Islam Eropah di Berlin, Jerman.

Antara yangterlibat dalam diskusi itu adalah wakil dari International Institute of Islamic Thought (IIIT), Arab World Institute dan Middle East and Mediterranean Research Centre (CERMOM).

“Kami menyentuh beberapa perkara antaranya peranan sarjana dan cabaran baru dengan semaraknya Islamofobia di Eropah saat ini.

“Kami juga membincangkan langkah-langkah yang perlu diambil bagi menangani permasalahan tersebut terutamanya di barat dan rakan-rakan sarjana turut mengusulkan Malaysia mengambil inisiatif merangka strategi berkesan menentang kemaraan budaya ini.

“Insya-Allah, saya bersama rakan-rakan akan terus menjadi penggerak utama bagi membasmi isu Islamofobia,” katanya dalam hantaran di Facebook rasminya.

 

Show More

Related Articles

Back to top button