Berita SemasaPM X

Bantuan STR 2024 dinaikkan bagi bantu ringankan beban rakyat

CYBERJAYA – Kenaikan harga barang yang membelenggu sebilangan besar rakyat menyebabkan kadar Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 dinaikkan lebih daripada 66 peratus.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kenaikan itu merupakan usaha kerajaan pimpinannya membantu meringankan beban dihadapi rakyat dalam berhadapan dengan kenaikan kos kehidupan.

“Saya akur bahawa kesulitan kenaikan harga barang merupakan masalah utama yang membelenggu sebilangan besar rakyat.

“Hatta, saya berharap peningkatan bayaran yang ketara ini dapat meringankan beban kalian,” kata Perdana Menteri dalam satu hantaran di laman Facebook miliknya, hari ini.

Bayaran bagi Fasa 1 STR 2024 mula disalurkan bermula hari ini, dengan bayaran maksimum bagi isi rumah ditingkatkan kepada RM500 berbanding RM300 pada tahun lalu.

Anwar turut menambah, beliau dan pasukannya mempunyai iltizam untuk memberi rakyat kehidupan yang bermaruah.

“(Ini kerana) Kunci kestabilan negara terletak kepada kesaksamaan dan keadilan sosial seperti yang didamba dalam kerangka Ekonomi MADANI.

“Saya berharap penerima-penerima STR Fasa 1 ini dapat memanfaatkan sebaiknya bantuan ini,” kata Anwar lagi.

Show More

Related Articles

Back to top button