Berita Semasa

Polis belum temukan petunjuk lokasi Zayn Rayyan

PETALING JAYA – Pihak polis masih belum menemukan sebarang petunjuk berhubung kehilangan kanak-kanak lelaki autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin.

Setakat pukul 3 petang tadi, kanak-kanak itu masih belum dijumpai.

Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, operasi dengan kerjasama pasukan K9 dan bomba dijalankan di kesemua bangunan perumahan serta kawasan berhampiran.

Namun, sehingga kini belum ada petunjuk mengenai keberadaan mangsa.

“Kita juga sudah merakam keterangan ibu bapa mangsa. Pencarian masih lagi diteruskan namun,” katanya.

Mohamad Fakhrudin memberitahu, pihaknya menerima laporan kehilangan kanak-kanak terbabit pada pukul 6.36 petang semalam.

Beliau berkata, kali terakhir kanak-kanak itu berada di kawasan perumahan di Apartment Idaman, Damansara Damai dengan memakai baju-T berkolar dan berlencana sekolah, seluar hitam serta kasut sekolah hitam.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kanak-kanak berusia 6 tahun itu diminta menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di talian 03-79662222 atau tampil di mana-mana balai polis berhampiran.

Show More

Related Articles

Back to top button