Berita Semasa

KPDN terima 43 permohonan Kad Diskaun Khas Menu Rahmah

KUALA LUMPUR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) menerima sebanyak 43 permohonan Kad Diskaun Khas Menu Rahmah daripada pengusaha kedai makan setakat ini.

Perkara itu dimaklumkan oleh Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup, Fuziah Salleh di Dewan Rakyat, hari ini.

“Insya-Allah akan dilancarkan pada bulan hujung atau bulan awal bulan depan, Menu Rahmah dapat diteruskan tanpa bajet kerajaan, tapi kerjasama rakan strategik ada 6 pasar raya dan akan bertambah, kita harap kestabilan program ini,” kata Fuziah.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad (PH-Kuala Selangor) mengenai status terkini insentif itu.

Tambah Fuziah, sehingga kini, hampir 3,000 premis berdaftar menawarkan Menu Rahmah di seluruh negara.

Kad Diskaun Khas Menu Rahmah merupakan satu inisiatif melibatkan kerjasama enam pasar raya yang menawarkan diskaun sehingga 40 peratus kepada pengusaha terlibat membeli barangan keperluan perniagaan.

Show More

Related Articles

Back to top button