Jenayah & Mahkamah

Mahkamah Tinggi tolak permohonan dapatkan pasport Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR – Hakim Mahkamah Rayuan yang mendengar kes permohonan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Mahkamah Tinggi hari ini membenarkan pasport antarabangsa Timbalan Perdana Menteri dipulangkan sementara waktu.

Bagaimanapun Mahkamah Tinggi kekal dengan ketetapan menolak permohonan Presiden UMNO itu untuk mendapatkan semula pasportnya secara kekal.

Kebenaran sementara itu hanya diberikan Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Collin Lawrence untuk membolehkan Ahli Parlimen Bagan Datuk itu mendapatkan pasport diplomatik bagi melancarkan urusan tugasan rasmi negara.

“Undang-undang sama sahaja kepada mana-mana tertuduh yang sedang berhadapan prosiding mahkamah bagi kes sama tidak kira status mereka. Dengan ini, mahkamah menolak permohonan tertuduh memohon pasport antarabangsa yang sepatutnya diberikan kepada mahkamah sebagai syarat di pulangkan kembali secara kekal.

“Bagaimanapun mahkamah membenarkan pasport tertuduh dipulangkan sementara waktu bagi beliau membuat pasport diplomatik bagi tugasan rasmi ketika ini,” katanya.

Ahmad Zahid yang berdepan dengan 47 tuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan rasuah sebelum ini membuat permohonan supaya pasport miliknya diserahkan semula bagi memudahkan urusan beliau selepas dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Show More

Related Articles

Back to top button