BERITA SEMASADALAM NEGERI

90,000 PATI ditahan sepanjang 2025 – Imigresen

KUALA LUMPUR – Lebih 90,000 tangkapan pendatang asing tanpa izin (PATI) dicatat oleh Jabatan Imigresen (Imigresen) sepanjang tahun 2025, hasil pengukuhan penguatkuasaan dan pemerkasaan operasi di seluruh negara.

Menurut Imigresen, pencapaian itu antara kejayaan utama Jjabatan itu bagi tahun berkenaan yang turut menyaksikan peningkatan tadbir urus, penambahbaikan perkhidmatan serta pemerkasaan sistem imigresen.

“Selain itu, Imigresen merekodkan kutipan hasil melebihi RM5.1 bilion dan berjaya menyelesaikan 19,205 permohonan permit masuk sepanjang tahun ini.

“Di samping itu, Pasport Malaysia telah menduduki tangga ke-3 dunia berdasarkan Ranking Pasport Index,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pencapaian berkenaan menjadi asas kukuh untuk terus melangkah ke hadapan, mempercepat reformasi, mempertingkat kepercayaan rakyat serta menyesuaikan peranan imigresen dengan cabaran semasa.

“Setiap inisiatif digerakkan dengan satu matlamat iaitu memastikan pengurusan imigresen yang cekap, berintegriti dan berimpak.

“Jabatan ini kekal komited untuk berkhidmat dengan profesionalisme, ketegasan dan tanggungjawab. Melangkah bersama, demi negara,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button