87 jasad ditemukan di kawasan kapat frigat Iran dipercayai karam
COLOMBO – Tentera Laut Sri Lanka menemukan sekurang-kurangnya 87 jasad di kawasan di mana sebuah kapal frigat Iran dipercayai karam akibat serangan Tentera Laut Amerika Syarikat di perairan antarabangsa.
Laporan AP yang memetik kenyataan jurucakap Tentera Laut Sri Lanka, Komander Buddhika Sampath berkata, pasukan penelamat yang digeakkan ke lokasi di mana kapal itu dipercayai karam, hanya menemukan “tompokan minyak, rakit keselamatan dan jasad terapung.”
Laporan sebelum ini menyebut, seramai 32 individu berjaya diselamatkan dan dihantar ke hospital untuk rawatan.
Difahamkan, kapal frigat IRIS Dena itu membawa 180 pegawai dan anak kapal ketika kejadian.
Kapal Iran itu sebelum ini menyertai latihan ketenteraan laut yang diadakan di Teluk Benggala dari 18 hingga 25 Februari dan sedang dalam perjalanan pulang ke Iran dari sebuah pelabuhan di timur India ketika diserang.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








