BERITA SEMASA

80 peratus permohonan taraf kewarganegaraan telah diluluskan – Saifuddin

PUTRAJAYA – Sebanyak 80 peratus permohonan taraf kewarganegaraan dibawah Perkara 15(2) Perlembagaan Persekutuan telahpun diluluskan, demikian maklum Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Saifuddin berkata, kelulusan tersebut dibuat berdasarkan 3903 permohonan yang telah dikemukakan setakat 7 Mac lalu.

Jelas beliau, baki 20 peratus permohonan yang tidak diluluskan adalah atas beberapa sebab seperti penggunaan dokumen palsu dan tidak melepasi tapisan keselamatan.

“Setakat 7 Mac kesemua permohonan dibawah kategori anak lahir oleh ibu warganegara Malaysia di luar negara telahpun selesai diproses.

“Apabila Perlembagaan dipinda kes seperti ini akan membolehkan mereka untuk mendapat warganegara menerusi kuat kuasa undang-undang apabila kita masukkan perkataan ibu,” katanya dalam satu sidang media di sini hari ini.

Terdahulu, Saifuddin menyerahkan surat keputusan taraf kewarganegaraan Malaysia kepada seramai 35 orang kanak-kanak yang dilahirkan oleh ibu warganegara Malaysia di luar negara.

Mengulas lanjut, Saifuddin berkata, kelulusan permohonan taraf kewarganegaraan pada hari ini dibuat atas pertimbangan kerajaan berdasarkan Perlembagaan Persekutuan dan perundangan.

“Pelbagai inisiatif diilham oleh Kerajaan Malaysia Madani bagi memartabatkan keadilan buat golongan wanita supaya keberadaannya di samping seiring dengan golongan lelaki dan bukan lagi di bawah mahupun di belakang akan statusnya,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button