8 terbunuh dalam serangan udara India
ISLAMABAD – Seramai lapan orang awam disahkan terbunuh oleh Angkatan Tentera Pakistan berikutan serangan udara dilancarkan India di beberapa lokasi di wilayah sempadan negara itu, awal pagi tadi.
Jurucakap tentera Pakistan berkata, serangan udara itu turut mengakibatkan sekurang-kurangnya 35 individu cedera, manakala dua lagi dilaporkan masih hilang.
“Setakat ini, kami merekodkan sebanyak 24 serangan dilancarkan di enam lokasi berbeza,” katanya kepada agensi berita Reuters.
Operasi Sindoor yang dilancarkan Tentera Udara India itu menyasarkan apa yang didakwa sebagai kemudahan militan di wilayah Pakistan dan Kashmir yang ditadbir negara tersebut.
Tindakan tersebut mencetuskan kebimbangan antarabangsa dengan pelbagai pihak menyeru agar kedua-dua negara bersenjata nuklear itu mengekang ketegangan bagi mengelak berlakunya peperangan berskala besar.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |


