BERITA SEMASA

7 cedera bas ekspres dinaiki terbalik

KUALA LUMPUR – Tujuh cedera selepas sebuah bas yang dinaiki terbalik di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), berhampiran Plaza Tol Duta menghala Kuala Lumpur, pagi ini.

Komander Operasi JBPM Mohamad Yusri Aziz berkata, Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur menerima panggilan kejadian 6.17 pagi.

Beliau berkata, susulan itu, sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Manjalara dengan kekuatan empat anggota dikejarkan ke lokasi.

“Pasukan mendapati kemalangan membabitkan sebuah bas ekspres terbabas lalu melanggar pembahagi jalan.

“Kemalangan membabitkan seorang pemandu dan enam penumpang lelaki dewasa. Mangsa berjaya dikeluarkan oleh pasukan dengan selamat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kesemua mangsa mengalami kecederaan ringan.

Katanya, mangsa diserahkan kepada pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk rawatan lanjut.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button