BERITA SEMASA

68 penunggang motosikal sertai Kembara Aku Kasih Malaysia 2025


KOTA BHARU – Seramai 68 penunggang motosikal berkuasa tinggi dari seluruh negara termasuk Singapura menyertai Program Kembara Aku Kasih Malaysia (KAKM) 2025 sempena sambutan Bulan Kebangsaan ke-68.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Lama, Dr Hafidzah Mustakim

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Lama, Dr Hafidzah Mustakim berkata, program berkonsepkan konvoi itu menjadi simbol kecintaan rakyat kepada tanah air melalui pelbagai aktiviti kenegaraan dan kemasyarakatan di setiap lokasi persinggahan.

“Alhamdulillah, saya amat berbahagia menerima kehadiran 68 motor besar berkuasa tinggi dalam program Aku Kasih Malaysia yang dianjurkan Akademi Kenegaraan Malaysia bersama Fast Bike Club.

68 bikers semarakkan Kembara Aku Kasih Malaysia di Kulim, Kedah pagi tadi. – Foto Haziq Hakimi/ Malaysia Tribune

“Konvoi ini menzahirkan semangat cintakan negara. Lebih istimewa, ia turut disertai peserta dari seluruh negeri serta bikers dari Singapura,” katanya kepada Malaysia Tribune di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian selepas bersama peserta menikmati hidangan tengah hari di Restoran Nasi Ulam Cikgu, Kota Bharu dan merasmikan acara pelepasan program peringkat Kelantan.

Program anjuran Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) Pejabat Perdana Menteri itu turut mendapat kerjasama AKM negeri dan sokongan stesen minyak Petronas sebagai rakan strategik di setiap lokasi perhentian.

Pada hari kedua, peserta akan menempuh perjalanan sejauh 381 kilometer merentasi Kedah, Perak, Kelantan dan Terengganu sambil menyertai pelbagai program kenegaraan.

KAKM 2025 diketuai Pengerusi Fast Bikes Club, Fadzlaini Ibrahim dan bakal melabuhkan tirainya pada 31 Ogos ini di Pusat Latihan Kenegaraan, Alor Gajah, Melaka selepas menjelajah sembilan negeri sepanjang empat hari perjalanan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button