38 lagi rakyat Palestin terbunuh, jumlah korban di Gaza cecah 45,399 orang
GAZA CITY – Sekurang-kurangnya 38 lagi rakyat Palestin terbunuh dalam serangan berterusan oleh tentera Israel di Semenanjung Gaza menjadikan jumlah keseluruhan korban sejak setahun lalu meningkat kepada 45,399 orang, menurut Kementerian Kesihatan Gaza, kelmarin.
Dalam satu kenyataan, kementerian itu turut memaklumkan seramai 107,940 orang cedera dalam serangan yang masih berterusan.
“Pasukan Israel telah membunuh 38 orang dan mencederakan 137 yang lain dalam tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga dalam tempoh 24 jam terakhir,” menurut kenyataan itu.
Tambahnya, masih ramai mangsa terperangkap di bawah runtuhan dan di jalanan kerana pasukan penyelamat tidak dapat meneruskan operasi mencari dan menyelamat.
Israel meneruskan serangan ke atas Gaza sejak serangan Hamas pada 7 Oktober tahun lalu, meskipun Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah meluluskan resolusi menggesa gencatan senjata segera.
Memasuki tahun kedua konflik ini, tekanan antarabangsa terhadap Israel semakin meningkat dengan pelbagai pihak mengecam serangan dilakukan serta sekatan bantuan kemanusiaan yang disifatkan sebagai usaha untuk memusnahkan populasi di Gaza.
Bulan lalu, Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan, Yoav Gallant atas tuduhan jenayah perang serta jenayah terhadap kemanusiaan di Gaza.
Israel juga berdepan kes genosid di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berhubung konflik yang mengorbankan ribuan nyawa di wilayah berkenaan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








