BERITA SEMASA

33 cedera bas kilang terbalik di Bandar Baru Bangi

BANGI– Seramai 33 pekerja warga asing cedera apabila sebuah bas kilang yang membawa mereka terbabas sebelum terbalik dalam satu kemalangan di Jalan P/6, Seksyen 13, Bandar Baru Bangi, awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 6.59 pagi dan tiba di lokasi pada pukul 7.05 pagi.

Menurutnya, seramai 13 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kajang serta BBP Bangi telah digerakkan ke tempat kejadian.

“Sebaik tiba, pasukan mendapati sebuah bas kilang yang membawa seramai 44 pekerja warga asing telah terbabas dan terbalik.

“Daripada jumlah itu, seramai 33 mangsa mengalami kecederaan ringan manakala 11 lagi dilaporkan selamat tanpa sebarang kecederaan,” katanya memetik laporan Berita Harian.

Beliau memaklumkan bahawa lapan daripada mangsa yang cedera telah dihantar ke Hospital Kajang dan Hospital Serdang bagi mendapatkan rawatan lanjut.

“Selebihnya menerima rawatan awal di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan,” tambahnya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button