Galeri

PSG mara ke suku akhir UCL, Liverpool tersingkir dalam penentuan penalti

LIVERPOOL – Paris Saint-Germain (PSG) melangkah ke suku akhir Liga Juara-Juara selepas menewaskan Liverpool 4-1 dalam penentuan penalti pada aksi timbal balik pusingan 16 terbaik, awal pagi tadi.

Gol tunggal perlawanan oleh Ousmane Dembele memastikan kemenangan 1-0 PSG di Anfield, menyamakan kedudukan agregat sebelum penjaga gol pelawat, Gianluigi Donnarumma, menjadi wira dengan menyelamatkan sepakan penalti Darwin Nunez dan Curtis Jones.

Kapten Liverpool, Virgil van Dijk, menerima kekalahan dengan berlapang dada dan tetap memuji prestasi pasukannya.

“Malangnya kami tersingkir. Ia perlawanan yang sengit dan hebat untuk disertai. Kami menunjukkan aksi yang berbeza berbanding di Paris, tetapi sayangnya tersingkir menerusi penentuan penalti,” katanya kepada Prime Video.

Ketika ditanya mengenai Nunez dan Jones yang gagal menyempurnakan sepakan penalti mereka, Van Dijk menegaskan bahawa ia sebahagian daripada bola sepak.

“Saya beritahu mereka, ‘kamu boleh kecewa kerana kami tersingkir, tetapi angkat dagu dan bersedia untuk cabaran seterusnya’,” tambahnya.

PSG kini menanti lawan seterusnya di suku akhir, dengan Aston Villa berpeluang menjadi pencabar mereka jika berjaya menyingkirkan Club Brugge dalam aksi yang dijadualkan malam esok.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button