Berita SemasaJenayah & Mahkamah

Polis kesan dua individu bertengkar guna kayu

JOHOR BAHRU – Polis sedang mengesan dua individu terlibat dalam pertengkaran menggunakan sebatang kayu di Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik Johor Bahru Timur (EDL) menghala ke Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di sini seperti tular dalam video di media sosial.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, pihaknya telah membuka kertas siasatan berhubung kes tersebut dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat menghubungi polis.

Dalam video berkenaan, seorang lelaki bertengkar dengan seorang lagi individu sebelum mengacah untuk memukul menggunakan sebatang kayu.

“Kejadian membabitkan seorang lelaki yang memandu Honda HR-V berwarna perak bertikam lidah dengan seorang lelaki lain. Berdasarkan video, suspek dilihat mengugut mangsa dengan kayu.

“Pihak polis kini giat mengesan kedua-dua individu terbabit bagi membantu siasatan.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Video berdurasi 28 saat itu dipercayai dimuat naik pengguna lebuh raya lain kelmarin.

Bagaimanapun punca sebenar kejadian masih tidak diketahui.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan insiden ini diminta menghubungi Hotline Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan di talian 07-2182323 atau mana-mana balai polis berhampiran.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button