
PM hulur bantuan kewangan kepada wanita hilang pendapatan untuk kelangsungan hidup
KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghulurkan sumbangan kepada seorang wanita yang kehilangan sumber pendapatan tetap selepas suaminya mengalami masalah kesihatan.
Bantuan kewangan itu disampaikan wakil Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Ahmad Farhan Fauzi, kepada penerima, Norizan Jaafar di Kampung Tun Sardon di Permatang Pauh, Pulau Pinang.
Ahmad Farhan dalam satu hantaran di Facebook memaklumkan, Norizan berdepan kesukaran menyara kehidupan bersama dua anaknya yang masih bersekolah di asrama.
Jelas beliau, keadaan suami Norizan yang tidak lagi mampu bekerja menyebabkan keluarga itu kehilangan sumber pendapatan stabil, sekali gus memberi tekanan besar terhadap kos kehidupan dan keperluan pendidikan anak-anaknya.
“Kos kehidupan yang semakin meningkat, ditambah dengan keperluan anak-anak yang masih bersekolah, pastinya memberi tekanan besar kepada beliau. Namun, usaha ini bukan sekadar ihsan sementara.
“Dengan kerjasama Zakat Pulau Pinang dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kami berusaha memastikan Norizan sekeluarga mendapat sokongan berterusan, sekaligus mengeluarkan mereka daripada belenggu kemiskinan tegar,” katanya dalam hantaran yang turut dikongsikan Anwar di Facebook.
Dalam hantaran sama, Ahmad Farhan berharap dengan inisiatif tersebut, Norizan dapat menjalani kehidupan dengan lebih tenang dan memberi tumpuan kepada masa depan anak-anaknya.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |