
Menteri Kerja Raya dukacita insiden kemalangan bas bawa kakitangan awam
KUALA LUMPUR – Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menzahirkan rasa dukacita terhadap kemalangan melibatkan sebuah bas ekspres di Kilometer 245.5 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara, dekat Rembau pagi tadi.
“Saya amat berdukacita di atas insiden kemalangan tersebut.
“Saya dimaklumkan, bas ekspres yang membawa kakitangan awam itu berulang-alik dari Melaka ke Kuala Lumpur itu telah memulakan perjalanan dari Melaka pada jam 5 pagi sebelum kemalangan berlaku,” kata Alexander dalam satu kenyataan.

Tambahnya, berdasarkan maklumat awal, beberapa orang penumpang bas berkenaan adalah pegawai dari Jabatan Kerja Raya.
“Namun saya difahamkan semua yang terlibat selamat dan berada dalam keadaan baik.
“Saya dan seluruh pasukan Kementerian Kerja Raya menzahirkan rasa dukacita dan berharap semua yang terlibat di dalam kemalangan ini dipermudahkan urusan,” katanya.
Dalam kejadian itu, seramai 40 penumpang yang menaiki bas tersebut terselamat.
Pihak berkuasa sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca kemalangan.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |