
Mat Sabu semai 1,000 benih Bawang Rose Ehsan di kediaman rasmi menteri
KUALA LUMPUR – Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu mengambil inisiatif dengan memanfaatkan kawasan di kediaman rasminya untuk menyemai 1,000 benih Bawang Rose Ehsan.
Menurut Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu, inisiatif itu dilakukan bersama Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS), Datuk Dr. Mohamad Khairil.
Mohamad berkata, dalam proses penanaman tersebut, beliau menggunakan kaedah “Raised Garden Box” dengan keluasan 20 kaki x 20 kaki bagi
memastikan tanaman lebih teratur dan mudah untuk diuruskan.
“Bang Mat memanfaatkan kawasan yang ada di kediaman rasmi menteri dengan menyemai 1,000 benih bawang,” katanya dalam satu hantaran di Facebook milik beliau hari ini.
Mengulas lanjut, Mohamad berkata, sebelum memulakan inisiatif ini, beliau telah berkunjung ke Selangor Fruit Valley untuk melihat sendiri proses penanaman bawang rose Ehsan di kawasan seluas 25 ekar.
Jelas beliau, lawatan tersebut menunjukkan komitmen kerajaan dalam memastikan keterjaminan makanan negara, di samping mempromosikan amalan pertanian yang lebih moden dan mampan.
“Usaha ini selaras dengan komitmen kita bersama dalam memastikan keterjaminan makanan negara. Insya-Allah, semoga usaha ini membuahkan hasil yang bermanfaat,” ujarnya lagi.
Sebelum ini media melaporkan, Projek Tanaman Bawang Rose Ehsan oleh PKPS berjaya mengeluarkan hasil bawang merah kecil sebanyak 28 tan pada fasa pertama tuaiannya yang membabitkan tanah seluas 3.2 hektar.
Dr. Mohamad Khairil berkata, projek itu, yang membabitkan keseluruhan 25 ekar tanah (10 hektar), dibahagikan kepada tiga fasa iaitu yang pertama seluas 3.2 hektar manakala bagi kedua dan ketiga masing-masing 3.6 hektar.
“Keseluruhan 25 ekar itu akan beroperasi sepenuhnya pada 1 Januari tahun depan dan dijangka boleh dituai dengan kapasiti maksimum pada Mac 2025 manakala jangkaan hasil per ekar sebanyak empat tan,” ujarnya.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |