
Kerajaan peruntuk RM200 juta untuk kebajikan warga TDM
KUALA LUMPUR – Kerajaan memperuntukkan RM200 juta bagi kerja-kerja senggaraan Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) dan Blok Penginapan bagi memastikan keselesaan warga Tentera Darat Malaysia (TDM) serta keluarga mereka.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata, daripada jumlah itu, sebanyak RM15.84 juta disalurkan kepada 4 Divisyen.
Katanya, kerajaan MADANI sentiasa memberi perhatian serius terhadap kebajikan anggota pertahanan serta tanggungan mereka dan berjanji bahawa Kementerian Pertahanan akan terus menjadikannya sebagai keutamaan.
Beliau berkata demikian ketika menghadiri Majlis Berbuka Puasa Ramadan ke-10 bersama warga TDM di Kem Wardieburn, malam tadi, selepas pulang dari Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut.

Dalam majlis itu, Yayasan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) turut menyumbang RM50 kepada setiap anak warga TDM berusia tujuh tahun bagi membuka akaun SSPN melalui program Simpanan Pendidikan MADANI, melibatkan jumlah keseluruhan RM139,050.
Selain itu, Sumbangan Kebajikan Yayasan LTAT sebanyak RM500 diberikan kepada 20 anggota dan keluarga TDM yang menghidap penyakit kronik.
Menurut Khaled, ‘Madrasah’ Ramadan bukan sahaja mengeratkan hubungan sesama anggota, tetapi juga menjadi peringatan untuk terus membantu golongan yang memerlukan.
Hadir sama Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Datuk Haji Mohd Nizam Jaffar; Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Datuk Wira Muhammad Hafizuddeain Jantan dan pegawai-pegawai kanan TDM.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |