
Penyanyi Wheesung ditemukan meninggal dunia
SEOUL – Penyanyi dan penulis lagu, Wheesung ditemukan meninggal dunia di kediamannya di Gwangjin-gu, utara Seoul, semalam.
Difahamkan, penyanyi itu telah beberapa hari meninggal dunia berdasarkan keadaan tempat kejadian, lapor The Korea Herald.
Punca kematian mendiang kini dalam siasatan.
Agensi Wheesung, Tajoy Entertainment, menyatakan rasa dukacita ketika menyampaikan berita tragis ini kepada peminat yang sentiasa memberi sokongan kepada mendiang.
Memulakan kerjayanya pada tahun 2002, Wheesung dikenali sebagai penyanyi balada dan R&B dengan lagu-lagu popular seperti Can’t You (2002), Insomnia (2009), Even Thought of Marriage (2010) dan banyak lagi.
Wheesung pernah terpalit kontroversi selepas didakwa atas tuduhan menggunakan bahan propofol, sejenis anestetik, pada tahun 2020.
Mendiang kemudiannya dijatuhkan hukuman penjara selama setahun, ditangguhkan selama dua tahun, dalam perbicaraan rayuannya pada tahun 2021.
Mendiang sebelum ini dijadualkan mengadakan konsert bersama seorang lagi penyanyi balada, KCM, di Exco, Daegu, Sabtu ini.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |