Berita Semasa

MOT laksana larangan pemanduan kenderaan berat pada sempena Aidilfitri

SEMENYIH – Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) akan melaksanakan larangan pemanduan kenderaan berat sempena Hari Raya Aidilfitri nanti.

Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, larangan yang akan dikuatkuasakan melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) itu berlangsung selama empat hari, iaitu sebelum dan selepas sambutan perayaan pada 29 dan 30 Mac serta 5 dan 6 April.

“Pihak MOT dan JPJ ingin mengingatkan kepada semua pemilik dan pemandu kenderaan barangan supaya mematuhi larangan pemanduan tersebut.

“Sekiranya terdapat kenderaan yang gagal mematuhinya boleh dikenakan kompaun sebanyak RM300 atau denda di Mahkamah tidak melebihi RM2,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan jika disabitkan kesalahan,” katanya, semalam.

Jelas Anthony, pelaksanaan itu dibuat setelah mengambil kira peningkatan trafik yang ketara khususnya bagi kenderaan persendirian yang akan bergerak pulang ke kampung halaman.

Menurutnya, tujuan utama ‘road-ban’ itu mengelakkan kesesakan lalu lintas serta mengurangkan risiko nahas jalan raya akibat percampuran trafik antara kenderaan barangan dengan kenderaan persendirian.

Selain itu, sebagai usaha berterusan MOT dan JPJ untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya khususnya di musim perayaan, pihak JPJ juga akan melaksanakan aktiviti penguatkuasaan dengan strategi secara menyeluruh dan berfokus.

Jelasnya, menerusi Operasi Khas Hari Raya Aidilfitri Tahun 2025 bermula 24 Mac hingga 8 April 2025 di seluruh negara, operasi tersebut akan memantau, mengesan dan mengambil tindakan terhadap pengguna jalan raya yang melanggar peraturan-peraturan atau undang-undang jalan raya yang berkuat kuasa.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button