
HAWANA 2025 diadakan Jun ini – Fahmi Fadzil
KUALA LUMPUR – Sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2025 akan diadakan pada Jun ini, dengan Kuala Lumpur sebagai tuan rumah, demikian kata Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil
Walau bagaimanapun, Fahmi berkata, tarikh sebenar program yang dianjurkan bagi meraikan pengamal media itu akan diumumkan kelak.
“Ada beberapa perkara lagi sedang Kementerian Komunikasi teliti (berkenaan penganjuran HAWANA), Insya-Allah, sempena sambutan itu nanti, kita akan ada beberapa pengumuman besar yang dapat membantu rakan-rakan media kita,” katanya.
Fahmi berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Berbuka Puasa Perdana Menteri Bersama Pengamal Media yang turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Angkasapuri, di sini hari ini.
Turut hadir, Ketua Pengarang Malaysia Tribune, Sharaimei Shaik Ahmedullah.

Pada 23 Januari lalu, Fahmi dilaporkan berkata, HAWANA tahun ini akan menjadi platform untuk menghimpunkan organisasi media dari seluruh ASEAN bagi memperkukuh hubungan dan kerjasama, selain mengenal pasti cabaran terkini dalam industri media.
Beliau berkata, HAWANA akan menjemput pengamal media dari ASEAN untuk beberapa program sempena Kepengerusian ASEAN oleh Malaysia tahun ini.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |