Berita Semasa

Debat antara Saravanan, Zamri dibatalkan

KUALA LUMPUR – Debat antara Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M Saravanan dengan pendakwah, Muhammad Zamri Vinoth Kalimuthu, dibatalkan.

Saravanan berkata, keputusan itu dibuat bagi menjaga perpaduan negara dan menjelaskan, ia dicapai setelah berbincang dengan Menteri Perpaduan, Datuk Aaron Ago Dagang dan Presiden MIC, Tan Sri SA Vigneswaran.

“Setelah meneliti dan memperhalusi pandangan serta nasihat Kerajaan Perpaduan, menteri, Presiden MIC dan polis saya telah memutuskan supaya debat ini tidak diteruskan demi keharmonian dan perpaduan negara,” katanya.

Saravanan berkata demikian dalam satu sidang akhbar khas, di sini hari ini.

Beliau bagaimanapun berkata, tujuan mengenai debat yang dirancang itu sebenarnya sudah disalah tafsir.

“Saya ingin jelaskan, ramai orang salah tafsir mengenai debat ini, ia bukanlah berkaitan dengan mana-mana agama lain, tetapi (saya) hanya ingin membetulkan tuduhan Zamri melalui fakta.

“Apabila ada tuduhan daripada Zamria mengenai ‘wel-wel’ dan pengambilan kavadi dalam keadaan mabuk dan minum todi, saya sebagai warga negara beragama Hindu ingin membetulkannya melalui debat.

“Ini tiada kaitan dengan agama lain, hanya membabitkan saya dan Zamri di mana saya ingin mendidik beliau. Mungkin dia datang dari latar belakang yang membabitkan ajaran sesat, maka saya bertanggungjawab membetulkannya melalui debat dan tidak menyentuh agama lain,” katanya lagi..

Menjelaskan lebih lanjut, Saravanan berkata, beliau mempunyai hak untuk mempertahankan agamanya apabila terdapat tuduhan liar.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button