Berita SemasaJenayah & Mahkamah

Batalion 9 PGA tumpas perlombongan emas haram di Terengganu

MARANG – Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Cawangan Khas Ibupejabat Kontinjen (IPK) Terengganu berjaya menumpaskan aktiviti perlombongan emas haram berhampiran kawasan Taman Desa Impian Rusila, di sini, semalam.

Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam PDRM dalam kenyataan di Facebooknya berkata, seramai 11 individu lelaki tempatan ditahan dalam Ops Khazanah hasil risikan yang dilakukan mengenai aktiviti perlombongan emas tanpa kebenaran.

“Kesemua suspek ditahan kerana gagal mengemukakan sebarang dokumen atau permit sah aktiviti perlombongan.

“Turut dirampas peralatan berat bernilai RM450,000, termasuk sebuah jentera berat, mesin pencuci batu dan pam air yang dipercayai digunakan dalam aktiviti haram itu,” katanya.

Sebahagian daripada peralatan yang dirampas dalam aktiviti perlombongan emas secara haram di Rusila, Marang, Terengganu, semalam.

Kes disiasat di bawah Seksyen 153 Enakmen Mineral Terengganu 2002 kerana melombong tanpa kebenaran pihak berkuasa negeri.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button