AgamaBerita Semasa

Program buka puasa Masjid Pekan Permatang Pauh jadi medan lafaz syahadah

Oleh AMIR SARIFUDIN

PERMATANG PAUH – Gabungan tiga pertubuhan bukan kerajaan yang bekerja sama dengan pengurusan Masjid Pekan Permatang Pauh di sini menjadikan program berbuka puasa lebih bermakna.

Program yang disertai lebih 300 orang itu turut meraikan beberapa mualaf yang menjalani puasa Ramadan tahun ini sebagai pengalaman baharu dalam hidup mereka.

Pertubuhan Penawar Bersatu Malaysia (Penawar), Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia Pulau Pinang (PSSLMPP) dan Persatuan Infaq Kebajikan Umah Takaful Pulau Pinang (IKUT) turut menyampaikan sumbangan berupa beras kepada 30 orang ahli-ahli pertubuhan berkenaan termasuk kariah masjid.

Presiden Penawar, Datuk Dr. Zulkifli Abdul Aziz berkata, sumbangan berupa beras itu bagi menghargai peranan ahli-ahli pertubuhan.

Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Permatang Pasir, Amir Hamzah Abdul Hashim (tiga dari kiri) menyampaikan sumbangan beras di Masjid Pekan Permatang Pauh sambil diperhatikan oleh Zulkifli Abdul Aziz (tiga dari kanan) dan Zolkifly Md. Lazim (dua dari kiri).

“Program ini juga bagi mengeratkan kerjasama Penawar dengan Pertubuhan Silat Lincah, IKUT serta kariah masjid selain kita dapat berkongsi rezeki dalam bulan yang mulia ini,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya turut mengadakan program yang sama di beberapa buah masjid sekitar Pulau Pinang.

Pada program berkenaan, seorang lelaki Chew Seng Ung, 74, memeluk Islam dengan melafazkan syahadah dengan pimpinan oleh Pengerusi Masjid Pekan Permatang Pauh, Arif Alwi Suhaimi Arif.

Dua orang usahawan iaitu Datuk Mohamed Yunus Abdullah dan Zulkefli Abu Bakar tampil menjadi saksi kepada majlis syahadah itu.

Sementara itu, Presiden PSSLMPP yang juga Penaung IKUT, Zolkifly Md. Lazim berkata, penglibatan pertubuhan silat lincah dalam program itu antara lain bertujuan meluaskan pembabitan dalam kerja-kerja amal dan sukarela.

“Kami mahu pertubuhan silat lincah ini dekat dengan semua peringkat masyarakat.

“Malah jika boleh ilmu seni silat lincah ini dapat dikongsi bersama oleh masyarakat setempat,” katanya.

Sebahagian kariah beratur mendapatkan minuman berbuka puasa di Masjid Pekan Permatang Pauh, Pulau Pinang.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button