Berita SemasaPM X

PM hulur sumbangan kepada wanita hilang penglihatan, sebelah kaki

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghulurkan sumbangan kepada seorang wanita cekal, Seripah Awang Bakar, yang diuji dengan masalah saraf mata dan kehilangan sebelah kaki akibat komplikasi kesihatan.

Sumbangan itu disampaikan wakil Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Ahmad Farhan Fauzi yang menziarah wanita itu di Jalan Masjid Balok, Kuantan, Pahang.

Menerusi hantaran di Facebook hari ini, Ahmad Farhan berkata walaupun bantuan itu tidak mampu menghilangkan segala beban Seripah, namun beliau berharap ia dapat memberi sedikit kelegaan kepadanya.

“Walaupun dunia semakin pudar dan langkah semakin terbatas, semangat beliau tetap teguh menghadapi ujian hidup,” kata Ahmad Farhan dalam hantaran yang turut dikongsikan Anwar di Facebook.

Ahmad Farhan turut mendoakan agar Seripah diberikan kesihatan yang lebih baik, dipermudahkan segala urusan, dan terus dikurniakan kekuatan oleh Allah SWT.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button