Berita Semasa

PM hadir Program Ihya Ramadan di PETRA

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Program Ihya Ramadan anjuran Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) di Dewan Baiduri, Menara PETRA, hari ini.

Program yang turut mendapat kerjasama Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU), Jabatan Perdana Menteri dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) itu diadakan sebagai wadah untuk menyemarakkan bulan Ramadan dengan pengisian kerohanian.

Hadir sama, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof serta hampir 300 warga kementerian dan agensi di bawah PETRA yang turut serta dalam majlis ilmu tersebut.

Sebagai sebahagian daripada pengisian program, peserta berpeluang mengikuti sesi tazkirah bertajuk “Ramadan: Syukuri Nikmat Air dan Tenaga” yang disampaikan oleh penceramah JAKIM, Ustaz Nabil Ahmad.

Selain itu, solat Zuhur berjemaah turut diadakan bagi mengimarahkan lagi suasana Ramadan dalam kalangan warga kementerian.

Sebelum menghadiri majlis tersebut, Perdana Menteri turut mengambil kesempatan untuk mengadakan pertemuan bersama pengurusan tertinggi PETRA bagi membincangkan pelbagai perkara berkaitan pemantapan tata kelola, inisiatif reformasi, serta pencapaian utama kementerian.

Program Ihya Ramadan ini mencerminkan komitmen kerajaan dalam menerapkan nilai spiritual dan kebersamaan dalam pentadbiran, sejajar dengan usaha memperkukuh budaya kerja yang berintegriti dan berorientasikan kebajikan rakyat.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button