
Pemuda 20 tahun maut jatuh dari pusat beli belah di Kuching
KUCHING – Seorang pemuda ditemukan maut dipercayai selepas terjatuh dari atas bangunan sebuah pusat beli-belah terkemuka di sini tengah malam tadi.
Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Mohd. Farhan Lee Abdullah berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu kira-kira pukul 12.08 malam mangsa ditemukan dalam keadaan tertiarap tanpa baju dan hanya berseluar panjang hitam.
“Paramedik dari Hospital Umum Sarawak (HUS) yang sampai di lokasi mengesahkan mangsa telah meninggal dunia.
“Mangsa merupakan warga tempatan berusia dalam lingkungan 20-an,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohd. Farhan berkata, mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik, HUS untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).
Beliau juga meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian untuk menghubungi Ketua Balai Polis Sekama, ASP Simon Renang di talian 016-8547803 atau Balai Polis Sekama 082-332522 atau tampil di balai polis berhampiran.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |