
LHDN cipta rekod lagi, kutip RM184.805 bilion tahun lalu
KUALA LUMPUR – Jabatan Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) berjaya mencatat kutipan cukai langsung sebanyak RM184.805 bilion bagi tahun 2024, meningkat RM1.465 bilion berbanding tahun sebelumnya.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peningkatan kutipan itu membuktikan penambahbaikan tatakelola serta disiplin tinggi warga LHDN dalam melaksanakan tanggungjawab kepada negara dan rakyat.
“Kerajaan tidak akan berkompromi dalam memastikan setiap pihak melaksanakan tanggungjawab cukai mereka dengan adil dan saksama,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.
Beliau turut menekankan bahawa sistem percukaian negara tidak seharusnya menjadi beban kepada rakyat atau bersifat menghukum.
“Malaysia menawarkan pelbagai pelepasan cukai yang jauh lebih banyak berbanding negara jiran.
“Namun, jumlah pembayar cukai pendapatan di negara ini masih kecil jika dibandingkan dengan keseluruhan populasi dan jumlah syarikat yang beroperasi,” tambahnya.
Menurutnya, kesedaran bersama mengenai kepentingan membayar cukai perlu dipertingkatkan bagi memastikan hasil negara terus bertambah.
“Kutipan cukai ini digunakan untuk membangunkan prasarana dan kemudahan awam, menyalurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan, meningkatkan bantuan sara hidup serta memperbaiki mutu penyampaian perkhidmatan awam,” jelasnya.
Justeru, beliau menegaskan bahawa pengurusan yang cekap dan berkesan amat penting bagi memastikan setiap ringgit cukai yang dikutip benar-benar memberi manfaat kepada rakyat dan negara.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |