Berita SemasaPM XPolitik

Isu peruntukan: Pembangkang tiada inisiatif berunding dengan kerajaan – PM Anwar

CYBERJAYA – Blok pembangkang sepatutnya mengambil inisiatif berunding dengan kerajaan jika syarat Memorandum Persefahaman (MoU) berkaitan peruntukan kepada Ahli Parlimen PN dikatakan terlalu ketat dan tidak adil.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tindakan mereka yang terus mempersoalkan isu itu tanpa mengambil sebarang inisiatif menunjukkan ‘permainan politik’ mereka.

Kata Anwar lagi, ruang perbincangan antara kerajaan dan pembangkang berhubung perkara itu sentiasa terbuka.

“Mesyuaratlah dulu, draf memorandum persefahaman (MoU) itu boleh dipinda. Ini nak bising di luar sebab apa? Nak jadi hero jalanan, belajar dulu.

“Jadi sekarang ini, dia gunakan isu ini, riuh rendah. Ada mengatakan kami sampai miskin kerana hutang,” kata Anwar.

Perdana Menteri berkata demikian selepas hadir pada Majlis Sambutan Hari Hasil ke-29, di sini hari ini.

Menurutnya, pembangkang sengaja mempermainkan isu berkenaan untuk menarik perhatian sehingga ada mengatakan mereka terpaksa berhutang, sedangkan pendapatan dan elaun setiap ahli Parlimen menjangkau sehingga RM40,000 sebulan.

“Tahu berapa gaji ahli Parlimen, elaun mesyuarat apa semua? RM30,000 hingga RM40,000. Siapa dapat RM30,000 di sini? Tiada.

“Jadi, bukanlah tiada wang sama sekali,” ujar beliau.

Semalam, Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa PN mempunyai sebab dan asas tersendiri untuk tidak bersetuju dengan syarat yang ditetapkan kerajaan dalam isu peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang.

Beliau mendakwa, syarat yang ditetapkan dalam MoU itu adalah luar biasa dan ketat, seolah-olah terpaksa menyerahkan segala-galanya kepada kerajaan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button