
Hari Wanita: AWAN Sepang raikan wanita
PUCHONG– Pertubuhan Kebajikan Jiwa Kental Sepang (AWAN Sepang) telah menganjurkan sebuah program khas sempena Hari Wanita Sedunia sebagai usaha untuk menghargai peranan wanita.
Program ini bertujuan untuk memperkenalkan AWAN Sepang serta mengeratkan hubungan antara wanita.
Program ini dijalankan di beberapa lokasi strategik seperti Medan Selera Putra Perdana dan Pasar Malam, Putra Perdana bagi memastikan penyertaan yang lebih meluas dan memberi peluang kepada lebih ramai wanita di kawasan tersebut untuk turut serta dalam acara ini.
Sebagai simbol penghargaan kepada wanita-wanita yang telah memberi sumbangan besar dalam komuniti mereka, satu acara edaran kek coklat moist telah diadakan.

Menurut Pengerusi AWAN Sepang, Siti Bunniah Mohammad, objektif utama program ini adalah untuk memberi pengiktirafan kepada wanita dan menyediakan platform untuk mereka lebih aktif dalam pelbagai aspek kehidupan.
“Kami berharap program ini dapat memperkukuhkan hubungan antara wanita dan menggalakkan kerjasama yang lebih erat di kalangan komuniti wanita di kawasan ini,” katanya.
Majlis tersebut disertai oleh 27 orang ahli Amanah AWAN Sepang dan turut mendapat sokongan daripada Ahli Majlis Zon 21 Kuala Langat, Nur Zairina Muzaini.
Dalam ucapannya, Nur Zairina berharap acara seperti ini dapat memberi inspirasi kepada lebih ramai wanita untuk terus berkembang dan memberi sumbangan kepada masyarakat.
“Sebagai wakil kepada wanita di Kuala Langat, saya percaya program ini dapat memperkasakan lagi peranan wanita dalam komuniti dan menggalakkan mereka untuk terus memberi impak positif kepada masyarakat,” jelasnya.
Selain daripada memberi penghargaan kepada wanita, program ini juga bertujuan untuk memperkenalkan AWAN Sepang sebagai sebuah platform yang menyokong wanita dalam usaha mereka untuk memperbaiki kehidupan mereka.
Siti Bunniah menambah, Melalui program ini, kami berharap dapat memperkukuhkan hubungan kerjasama antara wanita di Zon Sepang dan mencipta komuniti yang lebih bersatu padu.
AWAN Sepang bertekad untuk terus melaksanakan inisiatif-inisiatif yang memberi manfaat kepada wanita di kawasan tersebut pada masa akan datang, dengan harapan hubungan antara Zon di Sepang akan menjadi lebih erat.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |