Berita SemasaPolitik

Wanita inspirasi kejayaan, pemimpin masa depan – Ewon Benedick

KOTA KINABALU – Peranan wanita dalam membangunkan ekonomi dan kepimpinan negara semakin terserlah, dengan banyak kisah kejayaan yang boleh dijadikan inspirasi, demikian kata Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick.

Ewon dalam kenyataan di akaun Facebook rasminya berkata, beliau berbesar hati dapat berkongsi kisah kejayaan usahawan wanita yang ditemuinya dalam program Sambutan Hari Wanita anjuran Wanita Pakatan Harapan (PH) Sabah.

“Kisah-kisah mereka membuktikan bahawa wanita bukan sahaja mampu mencipta kejayaan dalam sektor keusahawanan, tetapi juga mempunyai keupayaan hebat dalam kepimpinan,” katanya.

Ewon Benedict

Beliau juga menekankan bahawa setiap kejayaan yang dicapai oleh wanita adalah cerminan ketekunan, semangat juang dan keinginan untuk membawa perubahan dalam keluarga, masyarakat dan negara.

Dalam pada itu, beliau turut mengucapkan tahniah kepada Ketua Wanita PH Sabah, Jannie Lasimbang atas inisiatif menganjurkan program itu yang memperlihatkan kesatuan dan kerjasama erat dalam kalangan kepimpinan wanita di negeri itu.

“Saya berharap sambutan Hari Wanita ini bukan sekadar penghargaan, tetapi juga platform untuk menyemarakkan lagi semangat perjuangan wanita dalam membina masa depan lebih gemilang,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button