Berita Semasa

Semarakkan Ramadan, Ramanan sumbang gaji, elaun ke surau

SUNGAI BULOH – Bagi menyemarakkan bulan Ramadan tahun ini, Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Ramanan Ramakrishnan menyumbangkan gaji dan elaunnya kepada enam buah surau serta mengagihkan 6,000 paket bubur lambuk sekitar Parlimen Sungai Buloh.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Sungai Buloh berkata, sumbangan ini merupakan antara janji beliau semasa Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 dan beliau akan terus teguh berpegang pada prinsip itu selagi diberi kepercayaan dan mandat sebagai Ahli Parlimen.

ramadan
“Saya yakin sumbangan ini akan dimanfaatkan sebaik-baiknya demi kesejahteraan dan kebajikan komuniti setempat” – R. Ramanan

“Sebelum ini, rumah ibadat lain seperti masjid, surau, tokong, kuil dan gereja juga telah menerima sumbangan melalui gaji dan elaun saya mengikut giliran masing-masing.

“Pada hari ini, antara surau yang menerima manfaat tersebut ialah Surau Madrasatul Falahiyah, Surau An-Najah Taman Subang Idaman, Surau At-Taqwa, Surau As-Salam, Surau Al-Mukim, dan Surau Al-Hidayah”, katanya dalam satu hantaran di akaun Facebook miliknya, hari ini.

Sejak dipilih sebagai Ahli Parlimen Sungai Buloh pada 2022, sejumlah RM580,000 daripada keseluruhan gaji dan elaunnya telah disumbangkan kepada hampir 100 rumah ibadat dalam kawasan Parlimen Sungai Buloh.

“Saya yakin sumbangan yang diterima oleh rumah ibadat ini akan dimanfaatkan sebaik-baiknya demi kesejahteraan dan kebajikan komuniti setempat.

“Kita bersama-sama membina masyarakat yang lebih harmoni dan sejahtera”, katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button