Berita Semasa

Permohonan sertai XCare dilanjut ke 31 Mac – Anfaal

SHAH ALAM – Permohonan bagi menyertai program Selangor Care Accelerator (XCare) 2025 yang tamat esok dilanjutkan sehingga 31 Mac bagi menggalakkan penyertaan lebih ramai pengusaha ekonomi penjagaan.

EXCO Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat, Anfaal Saari berkata, 30 pengusaha yang layak akan menerima surat tawaran pada 7 April, dengan bengkel intensif merangkumi 13 modul akan bermula pertengahan April, lapor SelangorKini.

“Setakat ini kita menerima pendaftaran tinggi tetapi berdepan masalah kerana dokumen tidak lengkap. Kira-kira 10 pengusaha sahaja yang lengkap sepenuhnya. Permohonan dilanjutkan supaya ramai lagi dapat mendaftar dan menerima manfaat program.

“Kita sarankan pengusaha sama ada syarikat atau individu untuk mengambil peluang ini sekali gus dapat menjamin pendapatan lebih tinggi,” katanya Anfaal dalam laporan tersebut, hari ini.

Program yang julung kali dilancarkan Februari lalu ini diadakan dengan tujuan membantu peserta mendapat bimbingan pemimpin industri selain berpeluang melawat kemudahan industri penjagaan tempatan.

Kemuncak program, peserta akan melalui peringkat pitching, di mana 10 yang terbaik akan mara ke peringkat akhir.

Di peringkat final, lima perniagaan akan dinobatkan sebagai ‘Top 5’ dan bakal menerima ganjaran berbentuk lawatan industri ke luar negara, jaringan dengan pemain industri dan pelabur, padanan perkhidmatan dan infrastruktur negeri dan Persekutuan serta trofi dan sijil penyertaan.

Syarikat dan orang ramai yang berminat untuk menyertai pertandingan ini boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan melayari laman sesawang atau berhubung dengan penganjur menerusi emel xcare.selangor@gmail.com

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button