
Pelajar Malaysia kritikal akibat kemalangan perlu dipindahkan bagi rawatan lanjut
KUALA LUMPUR – Salah seorang daripada empat pelajar Malaysia yang terlibat dalam kemalangan di Jordan kelmarin, berada dalam kitikal dan perlu dipindahkan ke Amman bagi rawatan lanjut.
Menurut Presiden Persatuan Mahasiswa Malaysia Universiti Muâtah, Muhammad Ammar Baihaqi Sayuti, pelajar tahun kedua jurusan Bahasa Arab dan Kesusasteraan di Universiti Muâtah, Fatimah Nuha, berda dalam keadaan kritikal dan sedang menerima rawatan rapi.
âBerdasarkan makluman daripada doktor, Fatimah mengalami tiga tulang rusuk patah serta pendarahan yang serius di bahagian otak dan organ dalaman,â katanya dalam laporan portal Buletin TV3, hari ini.
Difahamkan, Fatimah terpaksa dipindahkan ke hospital lain berikutan kekurangan pakar bagi merawatnya di Muâtah.
“Dia memerlukan pembedahan segera dan perlu dipindahkan dari Muâtah ke Amman, ibu negara Jordan, kerana kekurangan pakar.
âProses pemindahan juga memerlukan kelulusan serta bantuan daripada pihak kedutaan,â tambahnya.
Dalam perkembangan berkaitan, ibu bapa Fatimah Nuha dilaporkan akan berlepas ke Jordan malam ini.
âSaya difahamkan ibu bapanya akan tiba di Jordan esok dan mereka dijadualkan berlepas pada pukul 9.30 malam ini,â katanya lagi.
Sementara itu, tiga lagi pelajar yang turut terlibat dalam kemalangan itu, Muhammad Zaqwan Azhar Masjudin, Muhammad Ilham Dzurllkanian Zulkarnian dan Sumayya Azamuddin, kini stabil.
Muhammad Zaqwan dan Muhammad Ilham, yang merupakan pelajar tahun pertama jurusan Fiqh Wal Usul, mengalami trauma serta keretakan pada bahagian tulang belakang.
Sementara itu, Sumayya, yang merupakan pelajar tahun kedua jurusan sama, dilaporkan hanya mengalami kecederaan ringan.
Laporan media sebelum ini menyebut, empat pelajar Malaysia yang sedang melanjutkan pengajian di Universiti Muâtah itu terbabit dalam nahas jalan raya di Jordan, kelmarin.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |