Berita SemasaPolitik

Syed Saddiq dijangka terima peruntukan parlimen – Fadillah

KUCHING – Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dijangka menerima peruntukan bagi kawasan Parlimennya selepas kerajaan bersedia mempertimbangkan permohonannya.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, Syed Saddiq telah bersetuju secara prinsip dengan beberapa syarat yang ditetapkan oleh kerajaan.

Menurutnya, perbincangan mengenai perkara itu kini di peringkat akhir sebelum dimuktamadkan.

“Insya-Allah, ia akan diselesaikan kerana Syed Saddiq satu-satunya Ahli Parlimen pembangkang yang telah memberi maklum balas dengan bertemu kami dan menghantar surat rasmi,” katanya selepas menghadiri Majlis Pengagihan Bubur Pedas di Kompleks Sukan Satok, hari ini.

Sebelum itu, Fadillah dilaporkan meminta Ahli Parlimen pembangkang mengemukakan cadangan bagi memudahkan penubuhan jawatankuasa khas untuk meneliti isu peruntukan kepada mereka.

Katanya, langkah itu penting bagi memastikan agihan peruntukan dilakukan secara lebih telus dan menyeluruh.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button