
Tujuh penempatan baharu pengurusan tertinggi perkhidmatan awam
KUALA LUMPUR – Kerajaan mengumumkan tujuh perubahan dalam penempatan dan pelantikan baharu bagi jawatan pengurusan tertinggi perkhidmatan awam, berkuat kuasa 10 Mac ini.
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berkata, perubahan itu melibatkan lima ketua setiausaha kementerian, seorang ketua setiausaha sulit dan seorang ketua pengarah.
“Perubahan ini sejajar dengan agenda reformasi perkhidmatan awam bagi memperkasakan nilai dan tugasan penjawat awam, khususnya pegawai kanan,” katanya dalam kenyataan di Facebook.
Antara pelantikan baharu ialah:
✅ Datuk Dr Aminuddin Hassim – Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan
✅ Datuk Dr Anesee Ibrahim – Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi
✅ Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad – Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi
✅ Datuk Ruji Ubi – Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara
✅ Datuk Shaharuddin Abu Sohot – Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya
✅ Datuk Shahrol Anuwar Sarman – Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri, Pejabat Perdana Menteri
✅ Datuk Seri Sollehuddin Alyubi Zakaria – Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri
Pelantikan ini bertujuan memastikan kesinambungan kecemerlangan kepimpinan dalam perkhidmatan awam bagi mencapai agenda pembangunan negara
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |