Berita SemasaJenayah & Mahkamah

Suspek hina agama Islam di media sosial dipercayai berada di luar negara

KUALA LUMPUR – Pemilik akaun Facebook dengan nama ‘Vijayan Savarinathan’ yang mengeluarkan kata-kata lucah dan menghina agama Islam melalui satu video yang tular baru-baru ini dipercayai berada di luar negara.

Ketua Polis Negara, Razarudin Husain berkata, siasatan awal polis mendapati suspek tidak berada di dalam negara dan sedang giat mengesan lokasinya.

“Berdasarkan laporan, video berkenaan telah dimuat naik pada 5 Mac (kelmarin) dan dipercayai dipadamkan selepas menerima kecaman orang ramai.

“Usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan, namun kita percaya dia berada di luar negara,” katanya ketika dihubungi, menurut Berita Harian.

Media semalam melaporkan polis sedang memburu pemilik Facebook menggunakan nama ‘Vijayan Savarinathan’ kerana disyaki memuat naik video yang menghina agama dan umat Islam.

Razarudin dipetik berkata, ia susulan laporan dibuat oleh seorang individu di Balai Polis Manchis, Pahang, kelmarin, susulan video itu yang didakwa menghina penganut agama Islam dengan kata-kata kesat.

Susulan itu, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan kerana perbuatan yang boleh menyebabkan ketidakharmonian antara kaum dan agama.

Kes juga disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berhubung penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan jaringan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button