
Pengguna TikTok edar maklumat palsu mengenai Bantuan Ramadan oleh Sultan Pahang
KUANTAN – Orang ramai diminta berwaspada supaya tidak tertipu dengan tawaran ‘Bantuan Ramadan’ yang menggunakan nama YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizzatullah disebar melalui aplikasi TikTok.
Dalam satu peringatan oleh laman Facebook Kesultanan Pahang, penyamar dengan nama @tpafzanaminahafidzatul memberitahu bahawa bantuan RM1,000 itu akan dikurniakan oleh Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj kepada orang ramai.
“Orang ramai diminta untuk tidak mempercayai dan lebih berhati-hati dengan kewujudan akaun palsu khususnya yang menyediakan pautan yang disyaki membawa kepada kegiatan penipuan di atas talian (scammer),” kata kenyataan itu.
Istana Pahang juga menafikan menafikan kewujudan akaun Tiktok di atas nama YAM Tengku Puteri Raja Tengku Afzan dan berharap orang ramai lebih berjaga-jaga dan mencari pasti kesahihan sesuatu perkara melalui portal dan akaun rasmi iaitu Kesultanan Pahang dan Istana Pahang sahaja.-
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |