Berita SemasaDalam Negeri

Fahmi Fadzil kini bergelar Datuk

 

PETALING JAYA – Menteri Komunikasi yang juga Jurucakap Kerajaan Perpaduan kini bergelar Datuk selepas dianugerahkan Darjah Kebesaran Panglima Mahkota Wilayah (P.M.W).

Berita itu dikongsikan oleh Jabatan Penerangan Malaysia dalam satu hantaran ucapan tahniah di Facebook jabatan itu hari ini.

“Setinggi-tinggi tahniah daripada seluruh warga Jabatan Penerangan Malaysia diucapkan kepada Menteri Komunikasi, Yang Berhormat Datuk Fahmi Fadzil.

“Pengurniaan Darjah Kebesaran Panglima Mahkota Wilayah (P.M.W) membawa gelaran Datuk oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim pada 7 Mac 2025,” kata Jabatan Penerangan.

Tinjauan di ruangan komen laman media sosial rasmi jabatan itu mendapati rata-rata wargamaya menzahirkan ucapan tahniah kepada Fahmi yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai atas pengurniaan darjah berkenaan.

Ahli Parlimen Lembah Pantai itu merupakan lulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia daripada Purdue University, Indiana, Amerika Syarikat.

Beliau menceburi dunia politik dengan berkhidmat sebagai Setiausaha Politik kepada Nurul Izzah Anwar yang ketika itu merupakan Ahli Parlimen Lembah Pantai dan Naib Presiden PKR dari 2010 hingga 2013.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button