Berita Semasa

Melaka dilanda banjir, 4 PPS dibuka

MELAKA – Sebanyak empat pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di negeri ini setelah beberapa kawasan dilanda banjir, hari ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara dalam satu kenyataan berkata, tiga PPS dibuka di Melaka Tengah iaitu di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SKJC) Malim, Balai Raya Kampung Lapan dan Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Duyong.

Manakala satu lagi PPS dibuka di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dang Anum di Jasin.

“Bagaimanapun, jumlah semua mangsa belum dapat dipastikan sehingga selesai pendaftaran,” kata sekretariat berkenaan dalam kenyataan tersebut, hari ini.

Hujan lebat berterusan sejak pukul 6 pagi tadi menyebabkan 17 kampung dan 15 taman perumahan di Melaka Tengah serta sekurang-kurangnya dua kampung di Jasin, terjejas.

Antara kawasan terjejas termasuklah Kampung Pengkalan Rama, Chetty, Limbongan, Batu Berendam, Banda Hilir, Klebang Kecil dan Taman Gadong Perdana.

“Manakala dua kawasan terlibat di Jasin adalah di Kampung Kilang Berapi dan Asam Kumbang,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button