
Kes Akiko Okumura: Polis rampas enam jenis pil dari Jepun
KUALA LANGAT – Polis menemukan enam jenis pil dari Jepun dipercayai milik Akiko Okumura yang terjatuh dari unit kondominiuam tingkat empat di SS16, Subang Jaya, Jumaat lalu.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pil dipercayai ubat-ubatan yang belum dikenal pasti itu dihantar ke Kementerian Kesihatan (KKM) untuk diperiksa.
“Ubat-ubat jenis pil itu akan dihantar kepada pakar untuk dikenal pasti jenis dan tujuan kegunaannya.
“Sekiranya memerlukan rujukan di Jepun, kita akan dapatkan bantuan dari pihak Kedutaan Jepun,” katanya kepada pemberita di lokasi serbuan kilang sampah elektronik (e-waste) di Teluk Panglima Garang di sini hari ini.
Hussein berkata, pihaknya juga akan meneliti dakwaan mangsa terjatuh ketika sedang mencuci tingkap rumah atau kemungkinan mangsa mengidap masalah perubatan lain.
Dalam kejadian pada Jumaat lalu, mangsa yang merupakan isteri kepada pempengaruh dan usahawan, Ridz Okumura ditemui mati tertiarap di bahagian bawah kondominium kira-kira pukul 8 pagi.
Mangsa yang berusia 50 tahun dan sudah menetap di negara ini sejak 14 tahun lalu itu dikurniakan seorang anak lelaki bernama Sky Taizo Okumura, 13.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |