
Isu hina agama: Astro Audio beri penuh kerjasama kepada MCMC
KUALA LUMPUR – Astro Audio akan bekerjasama penuh dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berhubung siasatan kandungan yang dimuat naik di akaun media sosial stesen radio ERA.
Menurut Astro Audio dalam satu kenyataan hari ini, mereka kesal dengan kejadian yang berlaku dan mengambil maklum kenyataan dikeluarkan oleh MCMC dan akan menyediakan maklum balas seperti yang diminta.
“Kami juga mengambil maklum Notis Niat Penggantungan Lesen dan akan mengemukakan maklum balas rasmi mengikut tempoh masa yang ditetapkan,” kata kenyataan itu, hari ini.
Kenyataan itu menambah, mereka turut memandang serius perkara tersebut dan komited untuk mematuhi standard peraturan serta garis panduan komuniti di setiap platform yang dikendalikan.
Media sebelum ini melaporkan, MCMC diarahkan oleh Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil untuk menjalankan siasatan terperinci berhubung video tular tiga penyampai radio ERA, yang dilihat mempersendakan upacara agama lain.
MCMC dalam satu kenyataan semalam berkata, pihaknya mengeluarkan Notis Niat Gantung Lesen Operasi kepada pengendali stesen berkenaan dan memberi mereka 30 hari bagi menjawab notis berkenaan sebelum sebarang tindakan dilaksanakan.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |