Berita SemasaLuar Negara

Ribuan kuda liar ditembak mati di Australia

SYDNEY – Pihak berkuasa New South Wales (NWS) menembak mati ribuan kuda liar jenis ‘Brumbies’ di pergunungan timur Australia sebagai langkah mengawal populasi haiwan itu demi melindungi alam sekitar.

Kuda liar Brumbies merupakan sejenis kuda yang mendiami kawasan berbukit di Taman Negara
Kosciuszko di Pergunungan Snowy, NSW sejak beratus tahun dahulu.

Sebagai sebahagian daripada usaha mengawal populasi haiwan itu, pihak berkuasa NSW mensasarkan jumlah kuda berkenaan dapat dikurangkan daripada lebih 14,000 kepada 3,000 ekor sahaja.

Pihak berkuasa NSW mensasarkan populasi kuda liar dapat dikurangkan kepada hanya 3,000 ekor sahaja bagi melindungi ekosistem alam.

Kawalan dilakukan menggunakan kaedah perangkap dan tembakan dari darat dan udara bagi yang tidak dapat ditangkap dan dipindahkan.

Menteri Alam Sekitar NSW, Penny Sharpe, mengumumkan kaedah menembak haiwan dari helikopter tidak lagi diperlukan selepas jumlah populasi berjaya dikurangkan kepada sekitar 3,000 ekor, lapor AAP.

Populasi Brumbies yang tinggi di kawasan pergunungan dipercayai merosakan persekitaran dan mengancam spesies pribumi negara itu.

 

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button