Berita SemasaSukan

Nor Farah Ain catat sejarah, kini pemain lawn bowls No. 1 Dunia

PUTRAJAYA – Atlet lawn bowls negara, Nor Farah Ain Abdullah mencipta sejarah baharu apabila menjadi pemain pertama Malaysia yang menduduki ranking nombor satu dunia dalam sukan tersebut.

Nor Farah Ain meraih kejayaan itu selepas mengumpul 723 mata mengatasi pemain Scotland, Julie Forrest yang memiliki 683 mata, hari ini.

Foto yang dimuatnaik Hannah di laman Facebook beliau petang tadi.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menyifatkan pencapaian itu sebagai satu kebanggaan buat negara sekali gus membuktikan bahawa bakat dan ketekunan atlet Malaysia mampu bersaing di peringkat antarabangsa.

“Kejayaan ini bukan sahaja mengharumkan nama Malaysia di persada dunia, malah menjadi inspirasi kepada generasi muda untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam bidang sukan,” katanya melalui satu hantaran di Facebook.

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) turut menzahirkan penghargaan atas dedikasi dan semangat juang Nor Farah Ain yang diharap dapat membuka laluan kepada lebih ramai jaguh sukan bertaraf dunia pada masa hadapan.

Nor Farah Ain merupakan seorang pemain lawn bowls dan indoor bowls antarabangsa negara.

Beliau mula meraih perhatian selepas memenangi pingat emas dalam acara empat berpasukan di Kejohanan Lawn Bowls Asia ke-15 yang berlangsung di Pattaya, Thailand pada Mac 2024.

Dua bulan kemudian, pada Mei 2024, beliau menjuarai acara perseorangan wanita di Kejohanan Dunia Indoor Bowls 2024 yang diadakan di Persatuan Bowling Indoor Guernsey, Channel Islands.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button