Berita SemasaDalam Negeri

Memperkasa belia OKU ke arah latihan inklusif, peluang berdikari

SEPANG – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) terus memperkukuh usaha memperkasakan belia orang kurang upaya (OKU) melalui program latihan inklusif yang memberi fokus kepada pembangunan kemahiran dan daya saing mereka dalam dunia kerjaya.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh baru-baru ini telah berkunjung ke Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Sepang bagi menyelami sendiri pelaksanaan Program Latihan Inklusif Belia Autisme dan OKU yang dikendalikan oleh Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS).

Hannah menyaksikan proses penyediaan roti oleh belia OKU melalui Program Latihan Inklusif Belia Autisme dan OKU di sana.

Dalam satu hantaran di Facebook, Hannah menzahirkan keprihatinan terhadap cabaran yang dihadapi oleh belia OKU, terutamanya dalam menyesuaikan diri dengan latihan tanpa kehadiran penjaga untuk beberapa hari.

“Justeru, program seumpama ini amat penting bagi membentuk kebolehan mereka untuk berdikari serta bersaing dalam sektor pekerjaan.

“Sejak diperkenalkan pada tahun 2018, inisiatif ini telah memberi manfaat kepada 287 belia OKU melalui pendekatan latihan holistik yang merangkumi aspek teknikal, pengurusan emosi dan kemahiran sosial.

“Program ini bukan sahaja bertujuan meningkatkan kecekapan profesional peserta tetapi juga mempersiapkan mereka menghadapi cabaran dunia pekerjaan dengan lebih yakin dan berdikari,” katanya.

Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) juga digesa memainkan peranan utama dalam menganjurkan aktiviti yang mesra OKU, sekali gus membuka lebih banyak ruang bagi mereka menyertai arus pembangunan belia secara menyeluruh.

Di samping itu, Hannah turut menyarankan agar program Rakan Muda yang menjadi kebanggaan negara dalam mengisi masa lapang belia dengan aktiviti bermanfaat, diperluaskan secara inklusif kepada golongan belia OKU.

“Inisiatif ini diharapkan dapat menyediakan lebih banyak peluang kepada mereka untuk terlibat dalam aktiviti riadah dan pembangunan diri yang sejajar dengan keperluan mereka,” ujarnya.

Dalam memastikan keberkesanan usaha itu, Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) juga digesa memainkan peranan utama dalam menganjurkan aktiviti yang mesra OKU, sekali gus membuka lebih banyak ruang bagi mereka menyertai arus pembangunan belia secara menyeluruh.

“Melalui kolaborasi erat antara KBS dan JBSN, kita mampu menjana ekosistem sokongan berterusan yang bukan sahaja melatih belia OKU untuk berdikari tetapi juga memastikan mereka turut menikmati hak sama rata dalam merealisasikan potensi diri,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button