Berita Semasa

Kebersihan tidak memuaskan, tiga dapur hotel bufet Ramadan diarah tutup 

MELAKA – Tiga buah hotel yang menawarkan bufet Ramadan di negeri ini diarah menutup operasi dapur selama 14 hari selepas pemeriksaan mendapati tahap kebersihan tidak memuaskan.

Exco Kesihatan Negeri, Datuk Ngwe Hee Sem berkata, tindakan itu diambil susulan operasi pemantauan yang dijalankan oleh Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM), Jabatan Kesihatan Negeri Melaka (JKNM) sejak 17 Februari sehingga semalam.

Menurutnya, hotel terbabit boleh beroperasi semula dalam tempoh lebih awal sekiranya tahap kebersihan memenuhi piawaian ditetapkan oleh BKKM.

“Dalam pemeriksaan tersebut, kita dapati tiga hotel tidak mematuhi tahap kebersihan yang ditetapkan.

“Oleh itu, mereka diberikan tempoh 14 hari untuk menjalankan pembersihan menyeluruh.

“Bagaimanapun, sekiranya mereka dapat memenuhi syarat dalam tempoh 72 jam, pihak BKKM akan melakukan pemeriksaan semula untuk menentukan sama ada dapur mereka sudah mencapai tahap kebersihan yang memuaskan sebelum dibenarkan beroperasi,” katanya memetik laporan Buletin TV3.

Tambahnya, operasi pemantauan kebersihan premis makanan akan terus diperketatkan sepanjang bulan Ramadan bagi memastikan keselamatan makanan terjamin untuk orang ramai.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button