
Isu hina agama: Harith Iskander, Cecelia Yap dikompaun RM10,000 setiap seorang – MCMC
CYBERJAYA – Pelawak, Harith Iskander dan Cecelia Yap yang memuatnaik kandungan dan komen jelik membabitkan agama Islam pada akaun Facebook 18 Januari lalu, di kompaun sebanyak RM10,000 setiap seorang.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam satu kenyataan hari ini berkata, tindakan kompaun itu dikenakan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, berdasarkan peruntukan sebelum pindaan akta yang berkuat kuasa pada 11 Februari lalu
MCMC turut memberitahu, hantaran berbaur penghinaan itu telah diturunkan oleh pengendali laman media sosial tersebut, Meta kerana melanggar garis panduan komuniti.
“Selain itu, MCMC turut memohon supaya akaun Facebook milik kedua-dua individu terbabit ditutup juga telah dibuat.
“Permohonan tersebut kini dalam penelitian dan penilaian pihak Meta,” kata MCMC, hari ini.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |